Sunday, August 1, 2010

SRD CLUB.....

Akhirnya aku telah menjadi salah seorang ahli kelab permotoran di Malaysia....hari ini telah terciptanya sejarah bahawa aku telah menjadi ahli kelab SRD....haha...macam mana boleh jadi pun aku tak tahu...yang aku tahu kawan aku maisarah (bukan nama sebenar) telah mengajak aku supaya join kelab ini setelah kawannya Tajul memujuk rayu kepadanya (entah betul ker tak ada adegan pujuk rayu ni aku tak tahu...main belasah jer...hehe)

Mula2 aku rasa was2 gak nak join...yela nie kan kelab permotoran...mereka yang join kelab nie kereta dah dimodified...aku nie kereta asli sejak keluar dari kilang Perodua...huhu....tapi si maisarah bagitahu aku bahawa Tajul cakap tak apa...sebab misi dan matlamat kelab ni untuk menambahkan kenalan di samping menghindari diri kita daripada aktiviti2 yang tidak sihat...well mungkin ada yang tak tahu lagi bahawa kelab ni telah didaftarkan di bawah persatuan belia dan sukan...sah di sisi undang2 kelab di Malaysia...terdapat syarat2 kelab nie yang perlu dipatuhi...antaranya adalah...ahli2 kelab tak dibenarkan berlumba di jalanraya....tak boleh mengubahsuai kenderaan melebihi syarat2 yang telah ditetapkan oleh kerajaan....tak boleh menggunakan nama kelab untuk kepentingan sendiri...dan ada lagi...dan sume syarat2 yang ditetapkan menunjukkan bahawa kelab ni bukanlah kelab untuk kita berlumba...menunjuk kereta siapa yang paling power....confirm bukan kereta aku la...

Aktitviti2 kelab nie bukan hanya berkisar mengenai kereta sahaja...aktiviti2nya lebih kepada riadah dan juga mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli2 kelab seperti main boling (aku dah termiss semalam), mandi air terjun, piknik dan info terbaru yang aku perolehi tadi adalah gathering untuk ahli2 kelab pada bulan Ramadhan nanti....program buka puasa bersama ahli kelab....hehe...walaupun baru kenal segelintir ahli kelab nie tadi tapi aku tak rasa kekok dengan diorang...malah diorang sabar melayan kerenah aku dan maisarah yang agak cerewet...nak bagi tampal stiker pun macam nak tak nak je kan....lepas tue nak demand yang bukan2....haha...nasib korang la dapat ahli kelab macam kitorang berdua...well thanx gak kat wan yang menemani aku dan maisarah pergi tinted kereta maisarah...lepas ini kalau ada apa2 masalah dengan kereta mungkin boleh minta tolong dengan wan dan ahli2 kelab yang lain....wan tahu kedai mana yang mahal kat Tmn Tun...aku sendiri pun tak tahu...malas nk survey....thanx gak kat Tajul sebab invite kitorang berdua untuk join kelab nie....walaupun kau senior aku kat sekolah dulu jangan harap boleh buli kitorang berdua taw...haha....bagus tak aku promote kelab nie kat blog aku....advance gak ko terus baca blog aku kan...sempat gak ko mengutuk aku kan...teruskan usaha ko untuk menambah ahli yer...hehe....

No comments:

Post a Comment