Sunday, August 1, 2010

Southern Revolution Development...

Moto bagi SRD MOTORSPORT CLUB adalah 'Southern Revolution Development' yang akan terpampang di hadapan cermin kereta setiap ahli2 kelab nie...Tapi mengapa moto ini telah dipilih untuk kelab ni....Mengapa tak menggunakan moto lain yang lagi best untuk kelab nie...Inilah jawapannya... (Tajul sekali lagi aku copy paste taw...minta izin yer en Tajul...hehe)
Apa yang dimaksudkan PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT) di dalam perlembagaan persatuan ini?Apa yang dibangunkan?

1. Semangat kesungguhan yang tinggi dalam mencapai kecemerlangan serta meningkatkan imej kelab
2. Merapatkan dan mengekalkan hubungan silaturrahim sesama ahli kelab
3. Aktiviti-aktiviti berfaedah yang memberi manfaat kepada ahli kelab dan masyarakat setempat
4. Pertandingan di peringkat kelab
5. Sukan permotoran di peringkat kelab
6. Cara pemanduan kereta yang berhemah dan berdisiplin dikalangan ahli kelab,
Seruan kerajaan kita iaitu 'Pandu Cermat, Jiwa Selamat'

Apa pula yang dimaksudkan REVOLUSI (REVOLUTION)?
Setelah dibincang dengan lebih mendalam, satu keputusan telah ditabalkan mengenai syarat asal penglibatan kelab yang hanya terbuka pada pemilik Satria telah di'REVOLUSI'kan kepada pemilik semua jenis kereta. "Perkara ini telah tertakluk di dalam Mesyuarat dan dirasmikan pada 15 JUN 2007"

Dan apa yang dimaksudkan SELATAN (SOUTHERN)?

"
SELATAN" ianya hanya diambil sempena pertubuhan asal kelab ini yang bermula di JOHOR. Namun begitu penglibatan ahli tidak terhad dan juga dialu-alukan lagi peserta-peserta dari seluruh pelusuk negeri untuk menyertai SRD MOTORSPORT bagi tujuan kebaikan bersama.

Dan apabila digabungkan ketiga2 nie maka terhasillah 1 moto yang agak bermakna untuk kelab nie iaitu
'Southern Revolution Development' yang membawa erti yang amat mendalam kepada kelab dan juga semua ahli2nya...

No comments:

Post a Comment