begitu lelah untuk menjalani,
kehidupan seharian,
dengan masalah2 yang melanda,
yang menyesakkan fikiran,
emosi yang seringkali berubah2,
yang menyakitkan jiwa & perasaan,
kerenah orang2 di sekeliling,
yang melemaskan aku,
sehingga tiada kekuatan,
untuk ku meneruskan hari2 esok,
dan kini aku hanya mampu,
menjadi pemerhati setia,
yg memandang keadaan sekeliling,
tanpa apa2 perasaan,
tiada bantahan atau kritikan,
hanya menurut sahaja,
semua kehendak orang2 di sekelilingku,
jua melihat segala perubahan,
yg berlaku di sekelilingku,
biarpun hari berganti hari,
malam berganti siang,
tapi aku masih begini,
hanya mampu memerhatikan,
semuanya berlaku tanpa kerelaanku,
adakah aku menanti suatu keajaiban,
yang akan berlaku ke atas diriku,
mungkinkah ini kesudahan,
yang terbaik bagi diriku......
-copyright Qaseh Suci-
No comments:
Post a Comment