aku dimarah....dihina....ditengking olehnya hanya kerana sedikit kesilapan yang tak sengaja aku lakukan...bukannya aku sengaja nak pecahkan cawan kesayangannya...anaknya melanggar aku ketika aku sedang mengacau minuman kesukaannya...tapi apa yang aku terima adalah kemarahan kau yang meluap2 kerana percikan air kopi yang panas itu mengenai satu2nya anak kesayangan kau...bukannya ingin bertanyakan keadaan aku yang lebih teruk terkena air panas tue...nasib tak melecur....anak kau yang nakal aku plak yang dipersalahkan....kalau ikutkan hati aku ni,tak nak menjaga anak dia yang nakal nie.....tapi disebabkannya aku paksa hati aku nie untuk menjaga anaknya.....apa yang mampu aku lakukan hanyalah bersabar kerana aku menyayangi apa yang aku miliki sekarang ini...
aku berada di sini pun atas belas ihsannya yang menginginkan aku berada di sampingnya...aku sepatutnya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepadanya yang sudi menerimaku dalam hidupnya...walaupun hanya seketika...khidmatku hanya diperlukan pada waktu2 tertentu...tapi itulah jalan yang aku pilih...walaupun perit untuk ku hadapi tapi terpaksa ku tempuhinya jua...tapi sampai bilakah aku harus bersabar lagi....adakah aku hampir tewas dalam pertarungan yang melibatkan emosi aku...semua kehendaknya aku turuti...segala kemahuannya aku penuhi...walaupun badanku ini terasa penat tapi aku lakukan jua hanya tugas dan tanggungjawabku kepadanya....
tapi apa yang aku dapat hanyalah kata2 amarahnya yang ditujukan kepadaku seorang....tak tahukah dia bahawa kata2nya bagaikan menyiat2 hatiku ini...hancur hatiku ketika mendengar kata2 yang kau ungkapkan untukku itu....air mataku ini hampir jatuh tetapi ku tahan jua...kerana aku tahu kau tak mungkin akan menyeka air mataku ini apatah lagi memujuk dan memelukku seperti yang dilakukan oleh insan lain....tidakkah kau jua mempunyai hati dan perasaan sepertiku...jika kau berada dalam keadaanku sekarang ini pasti kau akan mengerti apa yang aku rasai dan alami selama ini....
aku masih ingat lagi saat2 kau melamarku...akulah insan yang paling bahgia ketika itu....kerna aku sangat2 mengimpikan peluang itu dan kau datang merealisasikan impianku....masih tergiang2 lagi kata2 yang kau lafazkan kepadaku....kau meminta aku supaya setia dengan kau...malah kau berikan aku kemewahan yang tak pernah aku miliki....tapi aku terlupa dengan syarat2 yang kau bangkitkan...segala2 kesenangan dan kemewahan yang aku miliki harus dikorbankan dengan kebebasan hidupku......aku bukan lagi burung yang bisa terbang bebas di awan tinggi...aku kini adalah seekor burung yang terkurung di dalam sangkar yang kau bina untukku saat aku menerima lamaran kau....aku terikat dengan segala tanggungjawab dan komitmen yang kau mahukan dariku....
dan ketika ketiadaan kau akulah insan yang paling bebas....bebas melakukan apa sahaja yang aku mahu....tanpa arahan dari kau...pandangan mata kau yang tajam kepadaku....jua tak perlu memenuhi segala kehendak dan kemahuan kau yang kadangkala melemaskan aku...tapi sampai bilakah aku harus memendam semuanya ini bersendirian....aku buntu memikirkannya...yang mampu aku lakukan kini adalah menuruti segala kehendak dan kemahuanmu walaupun hatiku ini tidak rela diperlakukan sedemikian...aku begitu memahami keadaan kau ketika ini yang dibebani dengan 1001 permasalahan dan kalau boleh aku ingin membantu meringankan beban yang kau pikul berseorangan itu...tapi kau begitu berat mulut untuk berkongsi masalah denganku....begitu berat hati untuk meminta bantuanku...
ye aku sedar siapa diri aku ini yang begitu hina di mata kau...kerna kau adalah ketua aku dan aku adalah pembantu peribadi kau yang terpaksa menjaga anaknya sementara waktu kerana isteri kesayangan nya sakit dan berada di hospital....
pst: sorila kalau ending cerita nie rasa macam nak hempuk aku jer....hehe...mula2 nk buat cerita cinta cintun tapi macam bosan jer...tue yg endingnyer jd macam nie....kelakar gak la ending aku nie...macam tak boleh diterima oleh akal yang waras...hehe....sori yer...
No comments:
Post a Comment