ASAS-ASAS PENJAGAAN KERETA
Objektif:Memberi pengetahuan supaya dipraktikkan dalam penjagaan kenderaan individu ataupun syarikat agar dapat memberi faedah dari segi memanjangkan jangkahayat, keselamatan dan juga penjimatan kos.
RINGKASAN:
*Penjagaan luaran
*Penjagaan dalaman
*Penjagaan komponen enjin
*Panduan-panduan
#Penjagaan tayar & info:
Periksa tekanan angin tayar ketika dalam keadaan sejuk.(jangan lupa periksa tayar” spare”)
Mengilatkan tayar bukan saja menambah seri kebersihan tetapi merawat getah tayar supaya tidak “mati”.
Contoh makna nombor pada tayar: 175/70R13 82H membawa maksud…
175- yang pertama dalam siri merujuk kpd lebar dalam milimeter(jarak ukur dari sisi ke sisi)
70- nisbah aspek atau ketinggian tayar
R- merujuk kpd tayar Radial
82-indeks keupayaan mengangkut berat tayar(merujuk kpd carta yg di tetapkan diperingkat antarabangsa kemampuan seberat 475kg
maksima untuk satu tayar.)
H- bermaksud tahap kelajuan maksima sesebuah tayar direka sehingga 210km/j
Lain-lain senarai spt:
S-180km/j
T-190km/j
U-200km/j
H-210km/j
V-240km/j
Z-melebihi 240km/j
W-270km/j
Y-300km/j
Untuk keupayaan mengatasi kelajuan 270km/j huruf ZR digunakan.
#Langkah-langkah asas:
*Tukar minyak enjin secara berkala
*Tukar penapis minyak enjin,penapis petrol, penapis angin dan plug.
*Pastikan paras bendalir mencukupi
*Tukar minyak gear dan beserta penapis gear bagi auto.
*Cuci radiator
TAMBAHAN-Mengenali API dan SAE(Pada minyak pelincir) 'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka. Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.
Contohnya; SAE 10W/30 , SAE 15W/50 , SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas.( Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.)
#Mengenalpasti kerosakkan:
Apabila enjin tidak dapat dihidupkan;-Periksa…
-Kuasa bateri
-Alternator”
-Starter”
-Bahan api
-Minyak enjin membeku (KERANA TIDAK SESUAI DGN SUHU DAN KELIKATAN )
Warna asap pada ekzos kereta:-
-Hitam bermaksud penalaan enjin tidak sesuai
-Kebiru-biruan bermaksud enjin telah di overhaul sepenuhnya
-Putih bermaksud normal semasa enjin sejuk dan jika berlarutan kemungkinan besar terdapat kerosakkan dalam enjin.
Kerosakkan pada penyerap hentak:-Dikenalpasti pada…
-Pemanduan jadi tidak stabil
-Permukaan bunga tayar tidak rata
-lelehan minyak pada penyerap hentak.
Kehausan pada brake:Dikenalpasti dengan….
-Terdapat habuk hitam rim
-Kedengaran bunyi pad longgar semasa bergerak
-Terdapat bunyi geseran besi semasa membrek.
-Kerosakan pada ‘bearing” roda dikenalpasti dengan mendengar bunyi dengungan pada pusingan roda semasa bergerak.(jika tayar berkeadaan baik)
-Dan berbagai lagi tanda-tanda kerosakkan yang boleh dikenal pasti mengikut pengalaman ,akan tetapi ia cuma sebagai panduan sahaja kerana kerosakkan sebenar hanya dapat diketahui setelah diperiksa oleh mekanik bertauliah.
MEKANIK PILIHAN ANDA ?- NILAI SENDIRI.
Kesimpulan:
*Penjagaan kenderaan adalah sangat penting kerana ia bukan saja dapat memanjangkan jangkahayat kenderaan malah dapat menambah ilmu pengetahuan dalam dunia permotoran.
pst: Tajul aku copy paste jer info ko nie...hehe...jgn marah ek....aku dgn maisara tunggu ko lama taw td...hehe
No comments:
Post a Comment