Wednesday, August 25, 2010

Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda- Raihan & Hujan

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti Di Aidilfitri,Di Aidilfitri


Kali pertama mendengar lagu dan menonton video klip berjaya membuatkan aku menitis air mata tanpa dapat ditahan2 lagi....bravo la kat Hujan & Raihan yang berjaya menghasilkan dan menyanyikan lagu ini dengan baiknya.....Selama ini lagu2 raya yang baru hanyalah sekadar untuk menambahkan koleksi2 cd lagu2 raya je....majoritinya kurang berkualiti dan langsung tak menggambarkan suasana hari lembaran yang meriah.....hanya beberapa lagu baru sahaja yang boleh diterima halwa telinga saya seperti 'Salam Dunia-M.Nasir, Sesuci Lebaran, Anugerah Aidilfitri & Nazam Lebaran-Siti Nurhaliza....Harapan Ramadhan, Lailatul Qadar, Satu Pagi Di Hari Raya, Lebaran Ini-Raihan (maaf kalau ada lagu2 baru yang lain yang saya tak sebut di sini)...lagu2 baru raya yang lain hanyalah diberi nafas baru....erm tak sangka kumpulan Hujan berjaya menghasilkan lagu raya yang berjaya meruntun hatiku ini....walaupun liriknya menggunakan ayat2 yang biasa saja....langsung tidak puitis tapi maksudnya yang mendalam tu yang membuatkan lagu ini begitu bermakna kepada saya..."SYABAS KPD KUMPULAN HUJAN"....

No comments:

Post a Comment