
Ayu and Malik, two sibblings is going through their darkest moments of life when their beloved mother just passed away. Malik feels so depressed believing he was the main cause of his mother’s death. During one of the evenings after a fight with his sister, Malik left to take a stroll in the forest. On and on he went until he realised he was lost and the next very moment, he appeared in another dimension called Magika.
Not only had he gotten himself lost, he was captured by a Nenek Kebayan and her follower, Awang Kenit. He is now subjected to be used as an experiment by the Nenek Kebayan to produce Essence of Youth made of human child’s tears. Upon hearing Malik’s cries for help, Ayu rushed to help her brother and she too is sucked in the Magika mystical land.
Ayu had to endure various types of challenges and obstacles in finding and to save her brother in her journey in the Magika world. And so begins the encounters of both the siblings with famous Malay heroes and myths like Badang, Dragon of Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah and the Warriors of Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih and a lot more characters. The irony of it, all these characters actually sing in their conversation with each other!
Will Ayu be able to rescue Malik and leave the mystical land of Magika? What happens to Badang, Nenek Kebayan and other characters in Magika? Will Malik be able to overcome his dilemma over his mother’s death? Come and watch Magika the movie which is destined to be a phenomenal in the local filming industry while already setting a record to be the first local musical movie and it will be reaching our cinemas in 2010.
Sebuah filem yang memuatkan pelbagai elemen termasuklah romantik, komedi dan kasih sayang. Itulah genre yang terdapat dalam Magika, sebuah filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn. Bhd.
Tetapi apa yang pasti ingin disentuh bagaimana Edry selaku pengarah mendapat ilham menghasilkan sebuah filem yang merupakan wadah baru untuk dihidangkan kepada penonton hari ini.Magika sarat dengan pengajaran dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan.Ini kerana elemen muzikal dengan 14 buah lagu yang digabungkan menjadi pelengkap kepada sebuah filem genre sebegini.Ia mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak) dan Aznil Nawawi.
Mungkin ada yang berkata ini bukan filem muzikal pertama kerana filem Qabil Khushry Qabil Igam juga pernah menampilkan unsur sedemikian.Tetapi tidak kepada sebuah filem yang menampilkan lirik-lirik lagu yang merupakan sebahagian daripada dialog. Malah jumlah lagu yang dimuatkan juga melebihi filem-filem tempatan lain sebelum ini.Lirik yang ditampilkan turut berkait dengan setiap adegan yang dipaparkan seterusnya menjadi pelengkap kepada watak yang ditonjolkan dalam Magika.
Apa yang lebih penting kata Edry, dia mahu membawa penonton melihat sebuah kisah fantasi orang tua-tua untuk ditatap oleh generasi baru hari ini. Contohnya orang tua-tua selalu berpesan agar tidak bermain diwaktu senja, takut nanti disorok bunian. Filem ini membawa penonton melihat bagaimana Malik terjatuh ke dalam perigi buta dan muncul di alam bunian kerana ingkar nasihat bapa yang melarang bermain pada waktu senja. Tambah Edry lagi, hasrat menghasilkan filem ini tercetus apabila dia teringat akan teater muzikal pertama yang ditonton ketika berusia 12 tahun di London berjudul Tommy.
Tambah Edry lagi dalam masa yang sama dia cuba mencari kelainan dalam memperkembangkan karya untuk industri perfileman tempatan agar penggiat filem mampu menghasilkan satu genre filem yang baru. Filem ini juga kata Edry turut menampilkan teknik janaan komputer (CGI) sama seperti filem-filem terbitan KRU lain iaitu Cicak Man I dan Cicak Man II." Lebih menarik saya juga menggunakan watak seperti Mahsuri, Badang, Puteri Gunung Ledang, Pak Pandir, Bawang Putih dan Bawang Merah yang menjadi legenda kepada kita," katanya. Lebih menarik, kebanyakan lagu yang dimuatkan dinyanyikan sendiri oleh para pelakonnya yang menjadi kekuatan kepada filem ini.
Kata Edry, Magika yang dihasilkan dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.4 juta itu merupakan satu eksperimen pertama beliau untuk melihat adakah masyarakat Malaysia mahu menerima satu bentuk filem baru hari ini. Bukan untuk kanak-kanak sebaliknya filem ini adalah untuk semua golongan yang bertujuan memupuk perasaan rasa sayang sesama keluarga."Kita memerlukan satu cabang filem yang baru dan saya berharap selepas ini ada penerbit lain akan turut menghasilkan filem muzikal untuk tatapan penonton," katanya.
Not bad la filem MAGIKA ni....mungkin ada yang berkata cerita ini sesuai ditonton oleh kanak2 sahaja....tapi pada saya tidak.....walaupun saya tidak berpuas hati dengan watak2 sampingan yang mati begitu sahaja...kalaula dikembangkan lagi watak2 tersebut mesti lagi menarik filem ini........bagi saya ini adalah satu permulaan baru industri seni tanah air kita...lagu2 yang terdapat dalam cerita ini best2 walaupun muziknya lebih kurang kedengaran bunyinya....lagu yang dinyanyikan oleh pokok2 (yang sebenarnya merujuk kepada KRU) dan M.Nasir masih tergiang di telinga saya walaupun dah hampir 2 minggu saya menonton filem tersebut......watak M.Nasir hanya beberapa minit sahaja tapi lagu yang dinyanyikan berjaya meninggalkan kesan kepada para penonton....ulangan lirik lagu tidak menjadi masalah kerana vokal M.Nasir yang mantap berjaya menutupinya.....'MAHU KE MANA KAMU BERTIGA.....JANGAN SAMPAI KEJUTKAN NAGA....."syabas diucapkan kepada 3 adik beradik ini yang berjaya mengeluarkan idea2 yang bernas demi memajukan industri seni tanah air kita...well done to all of you and keep it all....
No comments:
Post a Comment