Monday, October 25, 2010

KALAU BERPACARAN....

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Mula2 dengar lagu ni je aku dah mula suka....Best sangat2 lagu ni+ada pengajaran....Tapi part yang paling aku suka adalah masa Altimet menyanyi.....Betul2 macam suara syaitan yang tengah menghasut pasangan yang sedang berdua2an untuk melakukan maksiat....Lagu ni style retro zaman2 dulu tapi diberi nafas baru membuatkan ia nampak unik dan berjaya menarik minat muda-mudi macam aku ni mendengarnya....Sekurang2nya lagu ini seolah2 berpesan dan mengingati pasangan2 yang sedang bercinta di luar sana supaya menjaga adab dan berkelakuan lebih sopan......Tak salah rasanya memadu kasih asmara tapi biarlah pada cara dan tempat yan betul....Apa2 pun jauhilah perkara2 yang menghampiri zina kerana itulah permulaan segala2 benda yang mungkin kita tak ingini.....Pandai2lah menjaga diri daripada godaan hawa nafsu di luar sana....Ilmu agama telah dibekalkan oleh ibu bapa dan guru2 kita....Sekarang segala2nya berserah kepada diri sendiri.....Kita boleh menjauhi zina kalau itu yang kita inginkan....Wasalam..


No comments:

Post a Comment