"Aku buka mata, aku nampak dia. Dia hantu atau manusia? Sering kali ku berkata pada diriku sendiri... Jangan Buka Mata... Jangan Buka Mata..." Alia, seorang pelajar tingkatan tiga, meragui pandangan matanya. Dia boleh melihat makhluk atau lembaga yang tidak dapat dilihat oleh pandangan manusia biasa. Dia boleh berkomunikasi dengan 'mereka' dan yang mengerikan, dia sering diburu oleh makhluk-makhluk ini, tidak kira tempat dan masa. Sehinggakan, Alia takut untuk membuka matanya. Gusar akan terlihat sesuatu yang menyeramkan.
"Bila aku buka mata, aku nampak 'mereka'. Rambut panjang, kusut masai. Muka penuh darah dan nanah. Terkadang ada luka yang berulat-ulat di wajah 'mereka'. Mata 'mereka' sentiasa bulat dan merah. Pandangan mata yang tidak pernah mesra. Bau 'mereka', ada yang busuk, sebusuk-busuknya dan ada yang wangi, sewangi-wanginya. Kenapa aku selalu diburu oleh
'mereka'? Apa yang 'mereka' mahu sebenarnya?" Alia sering ketakutan. Selalu dihimpit kegusaran. Apa sebenarnya yang 'mereka' mahukan daripada Alia? Mengapa Alia yang seakan menjadi mangsa? Dan dapatkah Alia menangani 'mereka' yang sering menjelma? Atau Alia hanya tahu menutup mata, dan membiarkan 'mereka' menghantui dirinya?
Nantikan Novel Seorang penulis muda yang juga merupakan sahabat saya yang bakal berada dipasaran : "Jangan Buka Mata" terbitan Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Hope saya dapat free novel nie...huhu...first novelnya berkisarkan tentang cinta dan keduanya genre seram....erm....dapat idea dari mana la kawan saya seorang nie....mungkin ada orang yang tak percaya 'benda2' macam nie...tapi ia sebenarnya wujud...nak percaya sepenuhnya tak boleh juga kerana takut boleh merosakkan akidah....macam menarik je novel dia kali nie....rugi rasanya kalau tak beli....cover muka depan buku pun comel...pandai designernya create....
pst: terlupa nak minta free time mandi td....nampak air terus lupa diri sekejap....huhu

No comments:
Post a Comment