Diantara kita, saya tahu ramai yg gemar beli tayar second hand, tapi adakah kita pernah cek tarikh pengeluaran tayar Itu? Cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan.
info yang menarik aku perolehi daripada 1 club di fb...erm member aku ajak join 1 club permotoran yg berpusat di jb...huhu...kereta aku tak sport langsung...tapi disebabkan kitorang agak spesel sedikit maka dibolehkan menjadi ahli walaupun kereta masih mengekalkan ciri2 asli semasa beli.... matlamat dan misi club nie memang best dan menarik...banyak aktiviti2 sihat yg menarik yang dianjurkan club nie...lumba haram, dan pengubahsuaian yang keterlaluan adalah dilarang sama sekali.....lepas nie masa senggangku akan diisi oleh aktiviti2 yang lebih berfaedah....tak salah rasanya kita meluaskan rangkaian persahabatan asalkan pandai menjaga diri...lagipun ahli2nya yang mempunyai bisnes boleh mengiklankan bisnes diorang di sini....lepas nie bolehlah aku belajar serba sedikit mengenai kereta daripada kenalan2 baru....setakat benda2 kecil kita tahu ok la...tak adalah kena kencing dengan pekerja2 di bengkel kereta yang tak jujur dalam berniaga...rosak sedikit tapi kena tukar macam2....zaman sekarang orang sanggup buat apa2 saja asalkan poket penuh...halal haram tolak ke tepi....aiseh dah melencong...huhu....