Thursday, September 30, 2010

Kenapa Sukar Menerima Kenyataan....

Kenapa sesetengah daripada kita....
Sukar untuk menerima KENYATAAN?
Padahal itu lah hakikatnya.....
Bila kita tidak menyatakannya....
Ia bilang kita tidak jujur....
Bila kita menyatakan KEPALSUAN....
Mereka menerimanya dgn sepenuh hati....
Kadang2 kita trpksa melakukan PENIPUAN.....
Demi untuk melindungi seseorang...

Tetapi INGATLAH..
Kita seharusnya lebih berfikiran positif.....
Untuk menerima KENYATAAN.....
Walaupun kadangkala ia menyakitkan....
Supaya ia boleh mengubah & membentuk diri kita.....
Menjadi insan yang lebih BAIK......

Wednesday, September 29, 2010

NeVeR sAy....

NeVeR sAy "I LoVe YoU" iF yOu DoN't CaRe..

NeVeR TaLk aBoUt FeeLiNgS If ThEy ArEn'T rEaLLy tHeRe..

NeVeR ToUcH a LiFe If U mEaN tO bReAk A hEaRt..

NeVeR sAy YoU WiLL iF yOu DoN't PlAn To StArT..

NeVeR lOoK iN tHe EyE wHeN aLl U dO iS LiE..

tHe CrUeLLeSt ThInG a GuY CaN dO tO a GiRl iS tO LeT HeR FaLL iN LoVe WhEn He DoEsN'T iNtEnD tO cAtCh HeR FaLL

* LoVe IsN't AbOuT bEcOmInG eLsE's "PeRfEcT pErSoN"..

iT's AbOuT fInDiNg SoMeOnE wHo HeLpS yOu BeCoMe ThE BeSt PeRsOn Of YoU..

Tuesday, September 28, 2010

STAR WARS DALAM KOMPUTER

Percaya tak kalau aku cakap ada cerita Star Wars dalam Command Prompt....Ikut je prosedur yang diberikan kat bawah ni....

1.Pergi kat Start
2. Lepas tu click kat Run
2.Taip Telnet Towel.blinkenlights.NL
3. Enter

Selamat Mencube semua :)

Monday, September 27, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Mungkin ini adalah jawapan kepada blog saya sebelum ini....Thanx kepada pemilik note ini yang sudi berkongsi ilmu2 ini dengan semua orang....

kenapa Allah temukan dengan orang yang salah....

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

Sunday, September 26, 2010

aku & kau

ku baru nak menapak.....
kau dah berlari ke depan....

ku slow2 gerak naik tangga.....
kau begitu pantas naik lift.....

ku baru nak belajar berenang....
kau dah pandai menyelam....

ku anggap kau hanya kawan.....
kau mahu hubungan lebih serius......

ku tolak permintaan kau.....
kau terima dengan redha......

ku beri alasan tak bersedia lagi......
kau kata sanggup menungguku.........

ku katakan aku ni jahat...........
kau juga mengakui diri kau jahat............

ku ceritakan keburukan diriku.........
kau terima tanpa apa2 kutukan untukku........

ku bagitahu apa yang aku benci........
kau mengakui kelemahan diri sama dengan kebencianku.......

ku permainkan segala kata2 kau........
kau menahan geram sambil berkata aku nakal.......

ku tak tahu apa yang kau mahu lagi dariku.........
kau mengatakan bahawa hanya menginginiku sahaja......

Saturday, September 25, 2010

Einstein VS Mr Bean

Einstein mengajak Mr Bean bermain teka-teki. Disangkanya Mr Bean pasti jadi lauk dia jer.

Einstein: Aku akan memberi satu pertanyaan, jika anda tidak tahu jawabannya maka anda membayar saya hanya $ 5, dan jika saya tidak dapat menjawab pertanyaan anda, saya akan membayar anda $ 500.

Mr Bean mengangguk 18 kali menandakan dia setuju dengan cabaran Einstein.
Einstein mengajukan pertanyaan pertama:

Einstein : Berapa jarak dari bumi ke bulan?

Mr Bean : Mr. Bean tidak mengucapkan sepatah kata pun, seluk saku, mengeluarkan $ 5.

Sekarang, giliran Mr Bean…

Dia bertanya kepada Einstein:

Mr. bean : Apakah yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki, dan akan turun di 2 kaki?

Einstain : Einstein melakukan pencarian di internet tapi tak berjumpa dan meminta semua teman-temannya yg cerdas. Setelah satu jam ia memberikan Mr Bean $ 500.

Einstein sambil bengang bertanya:

Jadi apa yang naik ke atas bukit dengan 4 kaki dan turun dengan 2 kaki ??

Mr Bean menyeluk saku, dan memberikan Einstein $ 5.

Hahaha...

Friday, September 24, 2010

IBUKU SEORANG PEMBOHONG????

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk
yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata "Makanlah nak ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari
memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan
yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata "Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh
di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata "Jangan susah-susah, ibu ada duit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu
sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu
menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata "Ibu,saya sayangkan ibu". Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu......

Cerita ini saya copy dari blog seseorang.....Sempena bulan Syawal yang mulia ini marilah kita muhasabah diri dengan dosa2 yang telah kita lakukan dahulu terutamanya kepada kedua2 orang tua kita, ibu dan ayah kita.....Mintalah keampunan dan kemaafan daripada mereka dan semua orang....Kalau boleh janganlah menangguhkan niat untuk meminta maaf....Mana tahu belum sempat kita meminta maaf tiba2 kita dijemput pergi olehnya....Mohon dijauhkan.....

Thursday, September 23, 2010

Cikgu dgn murid2nya....

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari inicikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgusebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawanbagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

psstt: lawak lama.. tp bila baca balik still leh sengih sorang2.. hehehe..

Wednesday, September 22, 2010

BAHANA KEDAI MAMAK....

Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.

Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.

Hanief: Saya tak berapa pasti pula.

Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.

Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.

Uncle M: Tahu tak mana puncanya?

Hanief: ...

Uncle M: Kedai Mamak.

Hanief: Haha... Kedai Mamak?

Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.

Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?

Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.

Hanief: Hahahaha...

Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.

Hanief: Dah pulih ke dia?

Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.

Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?

Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!

Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.

Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?

Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.

Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?

Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.

Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?

Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?

Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.

Hanief: Logik juga ya?

Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau fikir-fikirkanlah lepas ni.

Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.

Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racun serangga dia tinggi.

Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.

Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.

Hanief: Painkiller ke?

Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant. Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.

Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.

Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.

Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?

Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?

Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang. Liana meninggal dunia akibat batuk kering ...akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam. from Kosmo! - Jan 28, 2010 2:59 AM

Amaran tibi ...jangkitan penyakit batuk kering atau tibi sekitar Lembah Klang semakin membimbangkan apabila meningkat daripada 1,253 kes pada 2007 kepada 1,387 kes sepanjang 2008 dengan tujuh kematian. from Harian Metro - Apr 4, 2009 10:28 AM

Ketua Biro Utusan Perlis meninggal dunia ...akibat penyakit batuk kering (Tibi). from Utusan Online - Jan 8, 2009 10:23 AM

Hasil kajian INFORMM diiktiraf ...taun dan batuk kering. from Harian Metro - Jun 10, 2008 11:46 AM

Kelonggaran eksport kera ditarik balik elak wabak ...batuk kering (TB) dan hepatitis. from Berita Harian - Feb 2, 2008 10:27 AM

Bekas polis derita sakit ...akibat penyakit batuk kering dihidapinya sejak enam tahun lalu menyebabkan kerosakan paru-paru. from Berita Harian - Jan 24, 2008 9:49 AM

Tiga peratus warga asing bawa penyakit ...batuk kering, sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun. from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

Tiga peratus warga asing bawa penyakit ...sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun. from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

4,000 pendatang bawa sifilis ...kelamin jenis sifilis apabila diperiksa semula dalam saringan kesihatan selepas sebulan berada di negara ini, sepanjang tahun lalu. from Harian Metro - Nov 14, 2007 9:40 AM

2,571 mati dalam penjara, pusat tahanan ...depoh tahanan pendatang tanpa izin, meninggal dunia akibat pelbagai penyakit sejak 1999 sehingga tahun lalu. from Berita Harian - Mar 24, 2009 9:04 AM

Pendatang hidap HIV dihantar pulang ...menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk HIV selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di negara ini. from Harian Metro - Nov 23, 2007 10:01 AM

Renung-renungkan…. 

info ni aku dapat daripada note Oh Media (tak kenal siapa pemiliknya) dan aku menyampaikan kepada sesiapa saja yang membaca sekadar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang insan.....Tetapi kalau dikaji balik semula ramai orang yang mengidap penyakit yang berisiko tinggi yang membawa kematian seperti diabetes, sakit jantung dan darah tinggi adalah yang suka makan dan melepak2 di kedai mamak....penyakit2 yang pelik2 kadang2 kita tak pernah dengar pun ada juga....saya memang dah lama stop malah kalau boleh tak nak jejakkan kaki kat kedai mamak lagi....bukan nak meranapkan bisnes diorang ni tapi banyak keburukan yang diperolehi daripada kebaikan....

adakah anda semua yakin bahawa semua pekerja yang berada di dalam kedai tersebut benar Islam atau hanya ayat suci Al-Quran sahaja sudah cukup membuktikan mereka Islam.....pak cik saya sendiri pernah menyaksikan penipuan yang dilakukan oleh mereka yang mengaku Islam tapi sebenarnya sekadar ingin mengaburi penglihatan kita....ketika itu pak cik saya pergi ke Perak bercuti bersama famili kerana menantunya orang Perak....mereka singgah makan di kedai mamak kerana menantu dia ala2 mamak sedikit....tengah2 syok makan ni pak cik saya rasa nak terkucil.....disebabkan tak tahan nak melepaskan hajat pak cik saya terpaksa menggunakan tandas di kedai mamak tersebut....nak tahu apa yang dilihat oleh pak cik saya....ada satu tokong kecil yang selalu digunakan oleh orang yang beragama Hindu terselit di tepi korner bersebelahan tandas.....dengan keadaan pak cik saya yang separuh terkejut tu melintasla seorang pekerja kedai mamak tu dan pak cik saya cepat2 masuk tandas....bila keluar dari tandas pak cik saya tengok yang tokong kecil tu dah ditutup dengan kain....mungkin pekerja tadi menyedari kewujudan tokong kecil telah dilihat oleh pak cik saya....selepas itu pak cik saya patah selera nak sambung balik makan walaupun perut masih terasa lapar....ini kisah benar bukannya cerita yang direka2 oleh saya....sejak hari itu pak cik saya tak nak menjejakkan kaki ke kedai mamak....dia hanya akan pergi ke kedai melayu sahaja....


Tuesday, September 21, 2010

Jodoh datang.....
Tanpa sedar dan tanpa dipinta.....
Jangan tolak apa yang Allah beri kepada kita........


Kalau betul dia tu best friend ko........
Dia patut memahami dan tak kongkong ko.....
Malah dia akan cuba beri dan bagi pendapat......
Juga nasihat yang terbaik untuk masa depan ko........

Susah kalau berkawan dengan orang....
Yang ko tak berapa rapat tanpa orang lain tau.....
Dan jarak bukan penghalang.....
Ko nak tahu dia tu mcm mana orangnya....
Orang tak boleh nak berlakon sembunyi diri dia.....
Yang sebenar buat masa yang panjang......

Aku suka sangat dengan ayat dari seorang kawan aku ni., Lieyza.....Walaupun aku sempat kena bebel dengan dia pasal dah lama tak online & update blog ni....Well thanx to her because give me an advice about life....Hope i didn't choose a wrong path and wrong person in my life.....Thanx geng....

AKU & OSHIN.....

Sinopsis Drama Oshin (Japan)

The 31st NHK Asadora Drama is Oshin. Oshin tells the story of a girl born in a very poor rural family in Japan, who through hard work and perseverance eventually triumphs over pain and adversity to achieve fame and success. Broadcast in the early 1980s when Japan had finally cast off the legacy of the post-war years and the Japanese were beginning to reap the benefits of economic development, the aim of the story was to recall the hardships the older generation had endured in order to pave the way for their children to enjoy their more affluent lifestyle. Viewers were drawn to the suffering of the main character Oshin - and then drew similarities between her story and their own home lives.

Some Japanese worried that showing Oshin abroad would give the country a bad profile - and would even be shameful because it showed the seldom glimpsed, poor, unequal side of Japan. In the event, the reverse proved true. Oshin gave viewers outside Japan - whose only image of Japan was formed by Japanese cars or electric goods, or through bitter memories of Japanese treatment during World War II - a far better understanding of the modern Japan and its people


Pelakon kanak2 Drama Oshin yang memegang watak Oshin, Kobayashi Ayako....Comel gak budak ini....Aku belum berkesempatan melihat drama ini lagi....


kalau kita lahir pada zaman 80an memang tak tahu kot mengenai cerita ini....cuba tanya abang2, kakak2, mak2 & ayah2 kita....mungkin diorang pernah menonton cerita ini...hehe.....salah satu komen seseorang di blog yang aku terbaca semalam mengenai filem Oshin....

"saya masih ingat lagi akan oshin. drama jepun di tv pada sekitar 80an. oshin adalah drama alihbahasa yang terawal di tv. sebelum tu ada drama peranchis – isaura. memang seronok tengok cerita oshin ni. daripada oshin kecil, anak dara, berkahwin sehinggalah dia menjadi nenek.

paling seronok mendengar alihbahasa yang sedikit gharau suaranya. ohhhhhhh saya rindukan suasana ketika saya kanak2. tidakkah anda?"


Ada satu blog yang aku terbaca di mana seorang warga Iran (kalau tak silap aku) yang ditemuramah di radio mengenai kebebasan negara mereka menjadikan Oshin ini sebagai idola dia dalam menuntut hak kebebasan demi untuk memerdekakan diri dan negara dia....Aku tak sangka betul pengaruh drama Oshin ini begitu kuat sehingga boleh memberi effect kepada masyarakat di negara lain....Tak hairanlah kalau drama ini agak popular di Timur Tengah dan negara Asia Tenggara seperti Malaysia & Indonesia.....Aku tak berapa berminat untuk menonton cerita mengenai perang2 ni tapi untuk mengambil semangat perjuangan orang2 yang berjuang demi menuntut kebabasan mungkin aku akan luangkan masa menontonnya nanti....Lagipun drama ini mendapat maklum balas yang baik daripada mereka yang pernah menontonnya....Why not we watch it.....Hehe....


Ni gambar Kobayashi Ayako yang memegang watak Oshin. Gambar sebelah kiri sewaktu kecil dan sebelah kanan wajah terkini setelah dewasa.....Ayu & anggun setelah dewasa ek.....


Pada hari raya ke-3 aku dengan famili2 aku pergi beraya kat Port Dickson rumah Tok Chik aku...Biasala mestila perkenalkan anak2 & cucu2 sedara kat Tok Chik aku....Yela semua dah besar2....Muka masing2 pun dah berubah....Belum lagi yang tinggi mengalah padahal kecik2 dulu cekeding je....Tiba2 Tok Chik aku ni tanya mana Oshin....Mak ayah aku cakapla aku ni Oshin....Aku pn tercengang2 pasal tak pernah2 dipanggil Oshin....Selama ini jumpa tak ada plak menyebut perkataan Oshin tu.....Entah kenapa tiba2 terkeluar plak pasal Oshin2 ni....Bila aku tanya kenapa panggil aku Oshin jawapannya adalah muka aku masa kecil2 macam kartun Oshin....Aku try cari kartun Oshin tapi tak jumpa....Yang jumpa adalah drama Oshin....Drama ni diadaptasikan daripada kartun Oshin (1984) dan agak faymes dalam tahun 80-an.....Oshin yang dilakonkan oleh Kobayashi Ayako......Kalau tengok betul2 tak adalah sama sangat.....Aku kecil2 muka tembam.....Cukup makan yang diberi oleh mak ayah aku....Tapi nasib baik badan tak bulat sebab aku ni agak lasak & aktif sedikit....Oshin tu plak muka memanjang....Tapi mata dengan hidung ada la sedikit2 iras si Oshin tu....Agaknya kalau aku tak senyum lebar mungkin sama kot.....hehe.....Perasan lebih je kan aku ni....


Pelakon kanak2 Drama Oshin yang memegang watak Oshin, Kobayashi Ayako (kiri) dan aku sewaktu berumur 6-7 tahun (janji tak ingat umur aku ketika ini).....Ada persamaan ke muka aku dengan si Oshin ni seperti apa yang dikatakan oleh Tok Chik aku....

Dua Darjat....

SENARIO ASAM GARAM & 4 MADU....

Masih lagi dalam mood berhari raya tapi aku sempat gak pergi tengok wayang 2 movie ni....Selalunya jarang orang nak tengok movie Melayu kan....Haha aku tengok pun sebab kawan2 ajak....Layankan je la....Well apa yang aku boleh komen untuk kedua2 movie ini kan....Ada la sedikit perubahan lawak berbanding dulu di mana lawak yang dihasilkan adalah lawak bodoh yang semacam memaksa kita untuk gelak ketawa....Kita pergi menonton wayang kena bayar jadi biarlah pulangan hasil dan kepuasan kita menonton tu berbaloi.....Kalau dulu saya akan bagi komen2 yang agak negative selepas menonton movie .....Mesti ada yang tak puas hati punya la....Tapi sekarang dah berkurangan sedikit.....Kalau dah bosan sangat movie yang saya tonton tu saya mesti tertidur dalam wayang....Setahun boleh dikira berapa kali saya tengok wayang....Tapi sekarang saya seolah2 cuba memajukan industri movie tanahair & antarabangsa....Hehe....Bukan apa kalau keluar dengan kawan2 tak akan asyik nak bershopping dan melepak sahaja....Kawan2 saya bukannya orang berada yang selalu ada je duit di tangan.....Aktiviti tengok wayang yang paling sesuai untuk diisi sewaktu keluar dengan kawan2.....

Mula2 takut nak tengok movie Senario Asam Garam sebab saya dah boleh baca lawwak yang akan dibuat oleh ahli2 Senario....Tapi sebab banyak movie dah full, dan masa dah suntuk lagi2 ada kanak2 riang layankan je la.....Walaupun banyak benda yang tak masuk dek akal saya tapi pengajaran yang cuba disampaikan dalam movie ini mungkin sedikit sebanyak dapat menyedarkan dan mengajar kita yang menontonnya.....Kita buat sesuatu kerja hendaklah ihklas dan jujur tanpa mengharapkan balasan.....Insyallah masyarakat di sekeliling kita akan dapat menilai apa yang kita lakukan itu samada ikhlas ataupun hanya ingin mengharapkan balasan.....Buangkanlah hasad dengki yang tak akan dapat memberi apa2 faedah dalam hidup kita.....

Semalam aku layan Madu 4 plak....Awal2 lagi aku reject movie ni bila kawan aku ajak pergi tengok....Tapi endingnya pergi juga tengok kerana last2 minit punya plan....Aku ingat nak tengok malam ni....Kalau tak fikirkan pasal kawan aku yang datang dari KL sebab nak menziarahi sanak saudara di JB aku tak akan tengok rasanya....Hehe.....Apek pun lakonannya dah kurang lawak mengada2 dia....Ok la pada pendangan mata aku....Kalau tak agak meluat aku tengok lawak dia....Tapi Razak Mohheidden berlakon menjadi lelaki lembut tak menjadi la.....Memang macam dibuat2 tak nampak real sangat.....Huhu.....Well movie ni pun ada pengajarannya di mana kita tak boleh menghalang ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.....Apa2 pun aku bagi 3.5 stars la bagi kedua2 filem ni sebab sekarang aku masih dalam mood hepi beraya....Hehe....

Monday, September 20, 2010

i don't want you in my life...........

i don't want you in my life ,

i need you in my life ,

You are not my friend,

You are my best friend,

i don't like you ,

i love you ,

i`m glad i found you


because i was absolutely

lost without you my friend :)

'NGOMPOL'

Tadi aku tengok 1 cerita kat Astro Ria bertajuk 'NGOMPOL' lakonan Zed Zaidi, Irma Hasmee, Wan Sharmila, Isma Yusof, Rusmidah Sidek dll.....Kelakar tol cerita ni walaupun aku dapat tengok selama sejam je....huhu...kalau ada ulangan aku nk tengok balik la....sebenarnya memang wujud penyakit 'NGOMPOL' ni di kalangan masyarakat kita ini....mungkin ada yang tertanya2 apa tu 'NGOMPOL'.....'NGOMPOL' adalah bahasa jawa tapi kita selalu panggil 'KENCING MALAM'....hehe selalu budak2 memang ramai yang NGOMPOL tapi dah besar hilang NGOMPOL tue...tapi cerita ni dah kes parah pasal dah besar2 pun masih NGOMPOL lagi...haha...

Jim atau nama sebenarnya Wagiman Martopo (orang Jawa) lakonan Zed Zaidi adalah seorang artis lelaki popular yang memiliki karakter yang menarik tapi mempunyai 1 rahsia mengenai hidupnya iaitu NGOMPOL....Walaupun sudah popular tapi hidupnya diselubungi ketakutan kerana jika rahsianya diketahui oleh orang lain lebih2 lagi wartawan kerana karier seninya akan hancur.....Jim ni ada seorang kekasih yang juga bergelumang di dalam dunia seni juga bernama Nikky lakonan Isma Hasmee....Diorang ni memang cintan habis la di antara 1 sama lain....Jim ni memang sayang habis kat si Nikky ni....Kalau boleh nak melamar cepat2....Tapi problem NGOMPOL dia ni yang menghalang hasrat dia nk melamar si Nikky tu....Dia takut nk bagitahu Nikky pasal rahsia dia takut Nikky tak boleh terima dan tinggalkan dia....

Satu malam ni Nikky ajak si buah hati dia, Jim pergi dinner la...Si Jim ni pakai baju jaket tebal macam kat oversea tu dengan seluar 3 suku...ala2 hip hop la konon....Padahal nak cover yang dia pakai pampers malam tu.....Kalau tak kantoi la dia pakai pamper....Apalagi terjadila perang besar antara Nikky & Jim malam tu....Mak si Jim (Rusmidah Sidek) plak boleh call time tengah gaduh2 tu....Nikky pun rampas handphone Jim marah2, maki2 mak Jim....Siap speaking London....Boleh tahan gak mak Jim speaking....haha.....Habis Nikky kena reject dengan mak Jim.....

Jim yang tengah susah hati pasal bergaduh dengan Nikky dan % mak dia menyukai Nikky dah berkurangan terjumpa dengan Joey (Wan Sharmila), gadis rugged yang tengah menukar tayar time tu....Diorang ni selalu berjumpa sebab Joey kerja dalam bidang seni gak tapi selalu bergaduhla....Mulut Jim kalau jumpa dengan Joey macam longkang gayanya....Joey ni boleh plak tegur Jim punya pamper nampak...Apalagi malu la Jim....Habisla terbongkar rahsia dia tapi Joey janji nak simpan rahsia tu baik2....Betul cakap Joey artis pun manusia biasa gak....Akhirnya malam tu diorang boleh plak berbaik2...

Mak Jim datang KL suruh plak Jim kahwin dengan Tuyah, anak jiran mak Jim....Mak Jim dah berjanji dengan mak Tuyah 20 tahun yang lalu nak kahwinkan diorang berdua tapi pada masa yang sama Nikky terdengar perbualan mereka kerana niat asal Nikky nak pujuk Jim pasal kes malam semalam tapi lain plak jadinya....Ish pening kepala Jim apabila 2 orang perempuan yang disayangi bersedih...Orang yang disangka musuh dulu la yang dicarinya untuk menenangkan perasaan dan meminta bantuan.....Haha siapa lagi kalau bukan si Joey.....Jim mengadu pasal kes mak dia nak kahwinkan dia dengan Tuyah....Baik punya kutuk si Jim kat Tuyah tu....Joey marah dan cakap tak baik burukkan orang lain....

Jim pun panggil wartawan untuk PC dia bagi membuat pengumuman mengenai kisah cinta antara dia & Nikky.....Siap jemput mak abah dia lagi tu....Ingatkan settle la problem si Jim lepas buat pengumuman kat PC tu tapi lain plak yang jadinya....Dahla Nikky tak nak mengaku hubungan dia mereka berdua....Lagi malang Jim ni boleh plak terkencing dalam seluar time tengah bergaduh mulut dengan Nikky depan wartawan plak tu....Mak oi malunya Jim masa tu....Nasib manager dia merangkap kawan baik Jim (Isma Yusof) cover dengan mengatakan tu semua adalah gimik bagi lakonan Jim & Nikky dalam cerita terbaru mereka bertajuk 'NGOMPOL'.....Malang betul nasib si Jim ni...

Jim yang gila2 punya sedih suruhla Joey bawa dia pergi mana2 asalkan dia boleh lupakan segala yang peristiwa yang terjadi siang tu....Joey ni bawala Jim balik kampung dia....Haha yang kelakarnya Joey ni sekampung dengan Jim & Joey tu sebenarnya kawan sepermainan Jim masa kecik2 dulu, Tuyah yang mak Jim nak jodohkan tu....Tak tahulah Jim ni pengsan atau buat2 pengsan (tidur) untuk cover malu....Akhirnya mereka berdua bersetuju untuk bertunang....Jim pun dah berani masuk air, itupun sebab kena tolak masuk dalam sungai oleh manager dia....Manager dia bagitahu Nikky masih sayangkan dia dan terpaksa memalukan dia dalam PC hari tu kerana tak mahu hubungan Jim dengan ibunya terputus hanya kerana dia....Joey@Tuyah terdengar perbualan mereka berdua....Mestila dia sedihkan pasal dia memang nak kahwin dengan Jim@Jiman sejak dari kecik dulu....Siap dah bagitahu kat mak dia....Tapi Jim memang betul2 sedih dan kecewa dengan perbuatan Nikky....Bolehkah Jim terima Nikky kembali dalam hidupnya.....

Haha....Kalau aku tamatkan cerita sampai sini sahaja mesti kena maki hamun kan.....Bagi yang ada Astro boleh la menunggu siaran ulangan cerita 'NGOMPOL' ni....Bagi yang tak ada mesti duk marah2 aku kan....Tapi memang best la kalau menonton cerita ni.....Rugi ar kalau korang semua tak menonton cerita 'NGOMPOL' ini....Macam promote cerita ini plak kan....Aku bagitahu endingnya la....Akhirnya Jim berkahwin gak dan baik Nikky atau Joey, mereka tak ada menyimpan perasaan benci atau dendam malah merestui perkahwinan Jim walau siapa pun yang menjadi pilihan Jim.....Yelah mereka mereka berdua hadir pada hari pernikahan Jim dan terpaksa melupakan kisah lama di antara mereka berdua dengan mengoyakkan sekeping gambar mereka bersama....Baru Jim tahu apa itu cinta sebenarnya dan berjanji dengan Joey@Tuyah akan menjaga cinta yang diajar oleh Joey@Tuyah kepadanya....Dan penyakit NGOMPOL Jim aku tak pasti dah pulih belum....Hehe....

Tapi malam pertama bergelar suami Jim call mak dia mengadu sesuatu.....Lupa nak bagitahu yang Jim ni memang anak mak.....Jim suruh mak dia dengar sesuatu....Mak dia cakap bunyi macam sauh kapal tersangkut (kalau tak silap aku la ayatnya begitu)....Haha nak tahu bunyi apa sebenarnya....Itu adalah bunyi dengkuran menantu mak dia la....Apalagi mak dia gelak sakan pasal seorang NGOMPOL manakala seorang lagi NGOROK.....Tu la mak dia dah carikan calon isteri yang lemah lembut & tak berdengkur masa tidur tak nak....Nak kahwin dengan pilihan hati sendiri....Padan muka Jim@Jiman.....HAHAHA....Jim akhirnya berkahwin juga dengan Nikky tapi kasihan la Joey yang memang memahami dan sanggup berkorban demi kebahgiaan Jim & Nikky.....Huhu sedihnya.....

Cerita ini banyak bahasa jawa tapi jangan risau kerana ada subtitle disediakan bagi sesiapa yag tak faham....Memang susah nak tengok drama yang menggunakan begitu banyak bahasa jawa...Tapi dalam cerita ini memang banyakla lagi2 part Jim berbual dengan mak dia....Speaking jawa habis....Hehe....BRILLIANT kepada penulis skript yang telah mengangkat sedikit sebanyak dalam memperjuangkan bahasa Jawa dalam drama2 melayu.....Jangan salah faham yer kerana aku bukan orang Jawa....BRAVO kerana menjadikan isu NGOMPOL @ KENCING MALAM yang memang wujud penyakit ini dalam masyarakat kita dalam drama ini....Selain itu cerita ini juga mempunyai banyak nilai2 murni yang diterapkan seperti jangan memburuk2kan orang lebih2 lagi orang yang dah tiada di dunia ini....Cubalah bertolak ansur di antara satu sama lain dalam menyelesaikan semua masalah....Arghh baik korang tengok sendiri la... CONGRATE kepada semua pelakon dan mereka2 yang terlibat dalam drama ni....Korang semua memang best dari pemilihan pelakon yang berjaya membawakan watak2 masing2 sehinggalah kepada krew2 produksi yang berjaya menghasilkan 1 drama yang best sehingga nak tahu kesudahan cerita ini.....Kalau cerita ini tidak diolah dengan baik mesti agak bosan juga.....Well tak tahu nak ulas macam mana lagi....Kalau nak tahu best@ tak cerita ini korang tengokla sendiri dan jgn lupa komen kepada sesiapa yang berminat & sudi nak komen....

Surat Cinta Seorang Rocker!

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar, Rockersejati
ROCK....... YEA... YEA...


-2 minggu tak update blog nie....mungkin ada yang dah baca cerita ini....kepada yang belum hope fun la baca cerita nie....ops sebelum terlupa "SELAMAT HARI RAYA....MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI SAYA....ATAU YANG PERNAH TERASA APABILA MEMBACA BLOG SAYA INI'.....mungkin ada orang menganggap dah terlambat mengucapkan ini semua tetapi pada saya bukan bulan Syawal je kita patut minta maaf....sepatutnya tiap2 hari kita kena minta maaf kat orang sekeliling kita...'

Friday, September 3, 2010

CINTA vs KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan-jalan dekat 1 kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam perigi... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga dan sukar dicari apatah lagi dengan keadaan telaga yang gelap gelita itu...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di manakah CINTA & terus menunggu, menunggu & menunggu.... Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setiakan ?? so, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI dalam hidup kita.....

Walau kita punya couple, teman still paling setia..Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.....kepada SEMUA KAWAN2KU.....

sama ada yang memahami atau tak memahamiku.....yang membantu ketika aku memerlukan atau tak memerlukan bantuan....yang berada di sampingku ketika susah atau senang....yang sentiasa membuatku tersenyum, ketawa, bersedih, marah atau sentiasa menyakitkan hati dan memeningkan kepalaku dengan perangai2nya.....yang akan mencariku ketika senang dan susah.....yang selalu memback up atau menyalahkan aku apabila masalah melanda....yang menganggap aku matang atau masih kebudak2an lagi...yang selalu mengambil berat atau langsung tak menghiraukan aku.... yang sentiasa mengingatiku selalu atau kadang2....

apa2 pun kerenah & perangai korang semua....aku akan tetap anggap korang semua KAWANKU SAMPAI MATI....kerana aku bangga & ikhlas berKAWAN dengan korang semua....

THANX kat korang semua kerana mewarnai dan merencah kehidupanku dengan pelbagai kerenah dan pendapat yang berlainan....

KESERASIAN TAK BOLEH DIPEROLEHI DALAM SEKELIP MATA....

frenz never break dude......even you tried to break it....kawan sampai mati beb.....